Soffwah
~Dimensi Sofwah~

Ahlan WaSahlan WaMarhaban!
=pssst...
hakcipta puisi/poetry terpelihara
Terima Kasih=
Labels
- Ahsan Taqweem (1)
- Ahsan Taqweem - DNA (1)
- Fenomena Alam (1)
- Fenomena Alam - Taufan (2)
- Senibina (1)
ARUS BARU SASTERA SINGAPURA
Ikuti perkembangan ARUSS di sini
DIMENSI CINTAZENI SASTERA
Ikuti perkembangan sastera S.K...
DIMENSI CINTAZENI PUISI
Hasil karya terbitan S.K.
DIMENSI CINTAZENI ILMU TARBIAH DAKWAH
Wacana, perbincangan falsafah ilmu tarbiah dakwah
Catatan Penjejak Taufan III - Inilah TAHUNNYA.
Sejak Musim 2005 dengan taufan terbanyak dan ter'aneh', yakni, Katrina dan Rita, memang penjejak-penjejak taufan menantikan Musim Taufan yang lebih mengganas.
Dua tahun berlalu.
2006.
2007.
Lautan sepi di Atlantik.
Malahan, taufan mengganas di bahagian samudera sebelah Asia dengan Taufan Durian dan sebagainya...
Tahun 2008.
Menjelang.
Di belakang Taufan Gustav yang mulanya telah disebut sebagai, "The mother of all storms" tetapi dengan taqdeer Allah, ia telah dilemahkan sebelum tiba di darat, kini, tiga taufan lagi menyusul...
Memperkenalkan Hanna, Ike dan Josephine...


http://thelede.blogs.nytimes.com/2008/09/02/behind-gustav-hanna-ike-and-a-josephine-in-the-making/?ref=us
Gustav, antara Taufan yang melangkau kebiasaan kerana masih menurunkan hujan dan dikatakan akan kembali "menguat" sedangkan taufan me"lemah" bila di darat...
Mudah-mudahan, saudara Muslim kita yang berada di laluan taufan-taufan ini menghadapi dugaan Ramadan berat ini dengan tabah dan bertambahnya taqwa...
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan angin ini, dan aku berlindung kepadaMu dari kejelekannya.”
HR. Abu Dawud 4/326, Ibnu Majah 2/1228, dan lihatlah kitab Shahih Ibnu Majah 2/305.
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيْهَا وَخَيْرَ مَا أُرْسِلْتَ بِهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا فِيْهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلْتَ بِهِ.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan angin (ribut ini), kebaikan apa yang di dalamnya dan kebaikan tujuan angin dihembuskan. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan angin ini, kejahatan apa yang di dalamnya dan kejahatan tujuan angin dihembuskan.”
HR. Muslim 2/616 dan Al-Bukhari 4/76.
(http://peperonity.com/go/sites/mview/assunnah.kumpulan.doa.dan.dzikir/15594880)
Wassalam.
Salam,
setelah senyap untuk beberapa waktu kerana urusan peribadi dan projek-projek yang tak berkehabisan (tak boleh nak tolak...) dan dilamar tugas baru yang harus diterima kerana Fardhu-Kifayah, hanya ingin membuat sedikit kemaskini tentang Musim Taufan 2007 di lautan Atlantik yang seharusnya melahirkan banyak taufan tetapi perangkaan terakhir jauh dari jangkaan... Hanya satu Taufan yang mencapai Kategori 5, Taufan Dean.
Nak kena kaji balik... Lautan tidak sehangat yang dijangka...
Apa-apa pun bagi mereka yang berminat, nama-nama taufan Musim 2007:
- 2.1 Subtropical Storm Andrea
- 2.2 Tropical Storm Barry
- 2.3 Tropical Storm Chantal
- 2.4 Hurricane Dean
- 2.5 Tropical Storm Erin
- 2.6 Hurricane Felix
- 2.7 Tropical Storm Gabrielle
- 2.8 Tropical Storm Ingrid
- 2.9 Hurricane Humberto
- 2.10 Tropical Depression Ten
- 2.11 Tropical Storm Jerry
- 2.12 Hurricane Karen
- 2.13 Hurricane Lorenzo
- 2.14 Tropical Storm Melissa
- 2.15 Tropical Depression Fifteen
- 2.16 Hurricane Noel
- 2.17 Tropical Storm Olga
http://science.nationalgeographic.com/science/photos/hurricanes.html
http://en.wikipedia.org/wiki/2007_Atlantic_Hurricane_Season
http://www.weather.com/newscenter/hurricanecentral/
Wassalam.
Salam,
Ada permintaan untuk Aurora Borealis - dipanggil juga Cahaya Utara (the Northern Lights) kerana ia besinar-sinar di Kutub Utara, walaupun boleh kelihatan sejauh Canada dan Washington D.C, apabila berlaku taufan matahari (sunstorms).

aurora borealis
Buat masa ini, belum sempat lagi menterjemah fakta yang ada...
Tapi kerana mencari bahan untuk kelas dua, tiga minggu yang lalu, menemukan klip khas tentang alam semesta dengan billion cakrawala untuk tontonan ukhaiyati, Cintaraudhah, dan mereka yang meminati ilmu falak ;)
(2 minit 19 saat)
(8 minit 4 saat - berbaloi untuk menontonnya! Betul!)
Seluruh alam semesta ini ialah ciptaan Allah yang Maha Esa Maha Kuasa.
Dari berbillion cakrawala ini, bayangkan, bagaimana kita, sekerdil-kerdil ciptaan, yang langsung tidak kelihatan di alam terbentang, yang lebih kecil dari habuk atau atom, bagaimana kita, manusia, boleh wujud?
Malah, menurut, Al-Qur'an, manusia merupakan ciptaan terbaik, Ahsan Taqweem! Kita ditugaskan menjadi khalifah yang menyerah segalanya kepada Al-Khaliq dalam ubudiah... Khalifah yang harus bermatlamat menjadi salihah dan muslihah... pemimpin diri dan pemimpin insan sekeliling dalam mencari redhaNya...
Walau kita penghuni sebesar atom di sebuah bumi yang mengelilingi sebuah bintang di sebuah cakrawala yang mempunyai jutaan bintang di peta alam semesta dengan jutaan cakrawala, tetapi, kita ciptaan yang terbaik apabila kita memenuhi tugas kita sebagai khalifah yang beramal dengan ilmu... Dengan keimanan dan ketaqwaan, kita boleh saja bersinar dengan terang sehingga menerangi alam semesta yang bertitikkan cahaya berbillion cakrawala...
Kerana awal penciptaan kita ialah makhluk yang terbaik, maka, kita harus sedaya upaya menjadi yang terbaik supaya berakhir dengan yang terbaik...
Jika anda seorang pelajar, jadilah pelajar muslim yang terbaik sedaya upaya anda...
Jika anda seorang pekerja, jadilah pekerja muslim sebaik mungkin...
Mulalah menjadi yang terbaik kerana asal kewujudan anda adalah yang terbaik!
Wallahu'alam.
Wassalam...
Sejak beberapa tahun yang lalu, dengan kewujudan imej satelit di internet, mula menjejak taufan di Lautan Atlantik - lautan yang telah melahirkan Andrew (1992), Frances dan Ivan (2004), Katrina dan Rita (2005).
Di bawah ini ialah imej satelit Taufan Flossie, taufan kedua diberi nama untuk Musim Taufan 2007. Taufan Flossie yang kini kategori 3 sedang menuju kepulauan Hawaii (ke kanan peta).

Musim Taufan di lautan Atlantik ini biasanya bermula dari 1 hb Jun hingga 30hb November. Bagaimanapun, Musim Taufan 2005 ialah musim yang menakjubkan kerana kondisi lautan yang panas bukan saja telah melahirkan sang gergasi Katrina yang telah memusnahkan kawasan pantai Amerika Syarikat, termasuk kawasan perjudian dengan deretan kelab dan kasino di New Orleans, tetapi telah juga menghasilkan taufan sehingga Februari tahun 2006! Sesuatu yang tidak pernah terjadi dalam sejarah sejak taufan direkod. Musim 2005 mempunyai taufan terbanyak dalam rekod sejarah.
Taufan diberikan kategori mengikut kelajuan anginnya di skala taufan Saffir-Simpson:
Kategori Taufan Kategori 1 - 119-153 km/j (dah melanggar had kelajuan lebuhraya pun!) - air naik=>4-5 kaki (kita dah tenggelam daaahhh...)
Kategori 2 - 154-177 km/j - air naik=>air naik=>6-8 kaki
Kategori 3 - 178-209 km/j - air naik=>9-12 kaki
Kategori 4 - 210-249 km/j- air naik=>13-18 kaki
Kategori 5 - 249 km/j ke atas => 18 kaki ke atas
Bila ada masa nanti, kita bicarakan bagaimana taufan lautan ini terjadi :)
Wassalam.
JUM'AH MUBARAKAH!
Ahhh, satu lagi topik kegemaran...
Indahnya ciptaan Allah... SubhanaAllah...
KLIP MESTI TONTON!
Gen Manusia (3minit 33saat)
Hari Isnin ini, akan berkongsi klip-klip video ini dengan anak didik dalam kelas sebagai mengingatkan mereka
1. setiap hari sel-sel bekerja... mengapa harus mereka bekerja untuk kita? Atas arahan siapa lagi kalau bukan yang Maha Kuasa? Mereka hanya mengikut sunnatullah... Jika mereka berhenti bekerja, manusia tidak boleh berfungsi!
2. kompleksnya ciptaan yang Maha Esa dalam tubuh kita ini... tidak mungkin, tiada yang menciptanya... kita diberi amanah keatasnya... Jagalah ia!
3. Yang membezakan manusia dengan ciptaan lain hanya 3% DNA. Yang membezakan DNA seorang insan dengan insan yang lain, walau berlainan warna kulit, mata, rambut, hanya 0.01% dalam perbezaan DNA. Perbezaan jisim antara manusia terlalu kecil untuk dipedulikan...
Apa yang membezakan antara kita semua sebenarnya bukanlah perbedaan jasad tetapi...
DNA dalam Al-Qur'an (5minit45saat)
Manusia ialah ciptaan yang sangat kompleks. Kita mempunyai ribuan trillion sel yang bertugas seharian! Dan dalam setiap sel mengandungi nukleus yang mengandungi 23 kromosom yang terdiri daripada lipatan padat DNA...
Dalam setiap kromosom di atas, ada DNA:
1. Adenina (A)
2. Timina (T)
3. Sitosina (C)
4. Guanina (G)

DNA dikatakan mengandungi kod asas manusia kerana ia mempunyai maklumat untuk membangun ulang semua sel tubuh yang punya struktur protein, seperti otot, kulit, rambut, dll. Maklumat ini juga dapat membuat duplikasi warna kulit, rambut, mata atau jenis penyakit untuk diwarisi turun-temurun. Juga dapat membuat ramalan tentang peribadi seseorang berdasarkan kodifikasi maklumat.
"A gene can be defined as a region of DNA that controls a hereditary characteristic. A gene carries biological information in a form that must be copied and transmitted from each cell to all its progeny." http://www.accessexcellence.org/RC/VL/GG/genes.html
Proses dalam gambar diatas ini ialah duplikasi, transkripsi, dan terjemahan. Tugas DNA dalam sel sangat mencabar! Tak apalah, ini pendahuluan, nanti ada sambungan, inshaAllah...
Untuk penerangan lanjut yang ringkas mengenai apa itu gen dan DNA:
http://www.accessexcellence.org/AE/AEPC/NIH/gene03.html
KLIP PENERANGAN LANJUT
Struktur DNA (1minit 19saat)
Intelligent Design - Penciptaan Bijaksana (5minit)
Wassalam.
Aduhai anakdidikku sekalian (Yes, you, the greens and pinks, ya Akhdhar wa Wardee...)
Tanamkan fikrah Islami dalam diri!
Kerana itulah ana suruh entum menganalisa sesuatu isu dari dua aspek: pemahaman peringkat awwam dan peringkat Islami. Kita orang Islam ni pemikiran peringkatnya harus kembali kepada ketauhidan...
Nak citerlah pasal fikrah ni biar entum faham...
Ada sorang senior entum yang diputarbelit oleh seorang pensyarah untuk menghadiri sebuah upacara Sema...
Sema ialah sesi zikr yang diamalkan oleh Mawlana Jalaludin Rumi (Munirah.K., enti minat Penyair Ulung ini,kan? ;D ) yang mengamalkan Tariqah Kubrawiyah di Anatolia, Turki. Dalam Bahasa Inggeris, kekadang, kumpulan tariqah ini dipanggil juga, The Whirling Dervishes, kerana mereka ahli tariqah yang berzikir dengan pergerakan berpusing seperti roda:
Ada pengamal daripada kumpulan ini membuat persembahan di seluruh dunia untuk menerangkan kepada khalayak dunia Islam dan bukan-Islam tentang Zikr Cinta... Sesungguhnya, Islam ialah agama yang bermula dengan Cinta... Sesi zikr mereka ialah sesi yang penuh kesucian, menyebut, menyeru-nyeru nama Allah, berlatarkan muzik...
Kembali kepada senior entum.
Senior entum plak bersama teman-temannya yang berlainan pendidikan, kerana sakit hatinya dengan pensyarahnya, langsung tidak menikmati sesi zikr tersebut. Komplennya berbakul tentang pensyarahnya.
Ana pun katakan padanya, "Okey, pensyarah tu, memang cara dia salah, taktahulah nape dia buat begitu... tapi yang enti tak dapat menghayati tu sebab apa? Ingatlah, latarbelakang pendidikan enti tu bagaimana? Jangan suara enti sama macam mereka yang tak berfikrah Islami hanya kerana sekarang ni enti dah berdampingan dengan mereka... Kena ingat, enti ni lain!"
Kita jangan samakan diri kita hanya kerana kita fikir kita kini sehaluan dengan mereka. Ana pun dari institusi sama dengan entum. Ana kekal dengan fikrah ana. Mungkin berkat almarhum muallim dan asatizah yang mengajar dalam zaman ana... Walau apapun, entum juga mampu mempertahankan fikrah entum...
Entum pasti boleh katakan pada teman-teman, "Ya, pensyarah itu memutarbelit kita tapi alangkah nikmatnya kita menghadiri sesi zikr yang penuh barakah itu? Mungkinkah malaikat ada bersama walaupun ianya hanya satu persembahan perkongsian? Mungkinkah, jika kita berdo'a kesejahteraan, pembukaan ilmu dsbg, ada malaikat yang mengameenkan disitu? Mudah-mudahan, terbuka hati kita untuk menghadiri sesi zikr seterusnya tanpa perlu diputarbelit! Mudah-mudahan, Allah berkati pensyarah tersebut yang memutarbelit kita sehingga kita dapat berkongsi barakah sesi zikr itu!"
Macam-macam hadith dah belajar tentang keutamaan majlis zikr tapi saat berada di tempat yang asing dengan mereka yang asing dengan fikrah Islami, tetiba, hadith-hadith semuanya kemana...
Ana suruh senior entum tu muhasabah lagi keadaan rohani dirinya. Memang secara intelektual, dia semakin baik dan matang tapi apa gunanya segala intelektualitinya itu jika kerohaniannya tidak mendapat sebarang peningkatan?
Jangan begitu, anakbuahku yang tersayang sekalian...
Kita tak mahu jadi muslim yang hatinya qaashiah min zikrillah seperti yang disebut dalam Al-Qur'an:
Entum dah belajar semua ni. Bertahun-tahun. Hafaz bermacam-macam surah (malah, lebih banyak dari zaman ana!)...
Fikrah entum juga harus dibentuk fikrah tauhidi...
Contohnya, ya, kita menutup aurat tetapi adakah kita menutup aurat kerana
1. ianya memang kebiasaan dari kecil,
2. tren,
3. ianya wajib
4. nak tak nak, kena pakai jugak...
5. betul-betul kerana menuruti perintah Allah s.w.t dengan penuh ketaqwaan?
(Fikir sebentar.)
Samada entum menjawab 1,2,3, 4 atau 5 berbeza!
Jika entum menjawab 1-4, itu hanya menutup aurah tanpa fikrah yang sebenar. Itu yang jadinya, yang perempuannya pakai tudung sekadar menutup kepala kerana baju/seluar ketat atau baju jarang... atau yang nampak leher... walhal tahu batas-batas aurat. Kekadang, bila di rumah, walau yang bukan mahram datang, juga, aurat tak dijaga sebab dalam rumah. Aurat tu bukan terhad untuk di luar rumah saja, sayang! Raya-raya ni, bila orang datang berkunjung, beringatlah sedikit...
Ramai yang tak menghayati dimensi fizikal dan spiritual 'awrah ni kerana belajar setakat dalam bilikdarjah tanpa applikasi dalam kehidupan di luar bilikdarjah...
Sebab tu, ana kata fikrah Islami tu penting!
Mudah-mudahan, entum faham kenapa ana melakukan aktiviti-aktiviti berteraskan Islam dalam kelas... Jika tak membina fikrah tauhid sebagai identiti Muslim, apa lagi yang entum ada?
Kalau entum dapat seribu A++ pun tanpa fikrah tauhidi ini takkan menjamin kehidupan entum, baik dunia, mahupun akhirat... Kalau entum memang konsisten D- tapi fikrah entum fikrah tauhidi, entum akan berjaya dunia akhirat...
Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah dan sampai-sampaikanlah...
Mudah-mudahan, entum mendapat pencerahan kerana membaca...
*Harap maaf pada para pelajar MMU tersebut. Ana telah memuatturun klip yang baik ini daripada youtube dan mengubah format klipnya ke format blogger untuk melindungi anakbuah ana daripada komen-komen tak senonoh di youtube serta pemilihan klip-klip yang juga tak senonoh oleh youtube menggandingkan klip ini...
Salam,
Hamba sangat minat mengikuti perkembangan dalam fenomena cuaca sebegini.
Bebola petir berlaku apabila ada ribut petir atau ada awan yang mempunyai caj elektrik. Ia akan muncul secara tiba-tiba. Perhatikan klip 20 saat di bawah ini. Bebola petirnya seakan-akan melompat dari tanah...
Klip di bawah ini lebih nyata (35 saat). Bebola petir tetiba tercipta di awang-awangan...
Bagi klip yang dibawah ini (1 minit 14 saat), bebolanya sangat bulat dan terang berkelip-kelip... nampak tak titik putih terang kecil di sebelah kiri? Itulah bebola petir yang dimaksudkan... Ramai yang mengatakan bahawa ianya kapal-terbang dan sebagainya tetapi penonton video ini menemukan bebola lain yang terbang secepat kilat apabila dia memperlahankan (slow-motion) klip video... Lagipun, dalam ribut petir begitu, bagaimana kapal-terbang boleh bertahan tanpa gegaran atau sebagainya?
Dilampirkan sebuah lagi klip untuk mereka yang ingin melihat versi panjang (6 minit) klip diatas. 2,3 bebola petir muncul dari awan dan terbang keluar dari awan... dapat dilihat dengan sangat jelas :) Lelaki yang berada di tempat kejadian mengatakan bahawa dia seolah-olah melihat UFO :D
Bebola petir ini belum ada teori yang konkrit buat masa ini mengapa ia terjadi.
Para saintis telah pun berjaya menemukan cara untuk membuat simulasi bebola petir dalam makmal. Tapi, hamba belum puas dengan penjelasan mereka dan masih sedang nantikan penjelasan saintifik yang lebih konkrit...
Apakah mungkin kita sedang melihat lintasan laluan malaikat? Wallahu'alam :)))
Ada yang lebih menarik dalam fenomena kilat dan petir ini, apabila para jurugambar menemukan cahaya warna hijau, biru dan merah di atmosfera atas awan setiap kali berlakunya kilat. Nantikan susulannya, bila punya masa lapang untuk menyambung kajian untuk dikongsi bersama...
Wassalam.












